Tuesday, 28 August 2012

Saham Samsung Susut


Komputer tablet Samsung Galaxy Tab (kiri) mempunyai ciri persamaan dengan iPad Apple. – Foto REUTERSSeoul: Harga saham Samsung Electronics susut lebih tujuh peratus semalam sekali gus menyaksikan penurunan nilai pasarannya sehingga AS$12 bilion (RM36.5 bilion).
Ia susulan kejayaan tuntutan undang-undang oleh pesaingnya, Apple Inc mengenai isu paten di Amerika Syarikat (AS), justeru mencetus kebimbangan berhubung keupayaan bahagian perniagaan telefon pintar yang menjadi penyumbang terbesar pendapatan syarikat Korea itu.
Juri AS yang mendapati Samsung meniru beberapa ciri penting dalam iPhone dan iPad, mengarahkan syarikat itu membayar pampasan kepada Apple sebanyak AS$1.05 bilion (RM3.26 bilion).
Pelarasan harga dalam beberapa hari akan datang adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pasaran serta masih terdapat ketidakpastian seterusnya seperti kemungkinan larangan jualan”. – John Park, Penganalisis Daishin Securities
Saham susut 7.5 peratus
Saham Samsung, syarikat teknologi terbesar di dunia dari segi pendapatan, susut 7.5 peratus, penurunan peratusan harian terbesar dalam tempoh hampir empat tahun, kepada 1.183 juta won (AS$1,000).
Jumlah dagangan awal semalam adalah tinggi iaitu lebih daripada dua kali ganda daripada purata harian minggu lalu.
“Pelarasan harga dalam beberapa hari akan datang adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pasaran serta masih terdapat ketidakpastian seterusnya iaitu seperti kemungkinan larangan jualan,” kata John Park, Penganalisis Daishin Securities.
Penganalisis menganggarkan pendapatan Samsung akan berkurangan empat peratus tahun ini berikutan peningkatan dalam peruntukan berkaitan dengan paten.
Juri Mahkamah Persekutuan San Jose, California, pada Jumaat lalu mendapati Samsung melanggar enam daripada tujuh paten Apple.
Beri kesan pengharaman jualan produk utama
Keputusan yang diputuskan menerusi perbincangan juri selama kurang daripada tiga hari itu juga boleh membawa kepada pengharaman langsung jualan produk utama Samsung dan mungkin akan mengukuhkan lagi dominasi Apple dalam pasaran pengkomputeran mudah alih.
Apple juga merancang untuk memfailkan injunksi jualan terhadap Samsung, kata peguam dan hakim dalam kes itu menetapkan tarikh pendengaran pada 20 September ini.
Eksekutif tertinggi di Samsung, diketuai oleh Naib Pengerusi, Choi Gee-sung dan Ketua Bahagian Mudah Alihnya, JK Shin, mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin.
Kebimbangan terbesar buat Samsung adalah sama ada produk terbaru Galaxy S III, yang tidak termasuk dalam kes itu, akan turut disasarkan oleh Apple dan dimasukkan dalam senarai produk yang diharamkan di pasaran AS. – REUTERS

Apple Senarai 8 Produk


SAN FRANCISCO: Apple Inc hari ini menyerahkan senarai lapan produk Samsung Electronics Co. kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat, termasuk model popular, Galaxy.
Hakim Lucy Koh meminta senarai berkenaan selepas juri di San Jose minggu lalu mengarahkan Samsung membayar pampasan AS$1.05 bilion apabila firma gergasi teknologi Korea Selatan itu didapati ‘meniru’ model iPhone dan iPad keluaran Apple.
Bagaimanapun, Samsung kini merancang untuk mengemukakan rayuan.
Lapan produk telefon pintar terbabit iaitu Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail.
Pada 26 Jun lalu, Hakim Koh mengeluarkan perintah Galaxy Tab 10.1 dilarang memasuki pasaran Amerika selepas mendapati ia menyalahi ‘reka bentuk paten’. – AP

Apple Menang Kes Saman


SEORANG pengurus Korea Selatan menunjukkan telefon pintar Galaxy S (kanan) dan iPhone (kiri) di sebuah kedai di Seoul pada 27 Julai lalu.


SAN JOSE, California – Selepas setahun pertikaian di mahkamah membabitkan Samsung dan Apple, seorang juri di Amerika Syarikat (AS) kelmarin memutuskan pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu didapati menciplak teknologi yang digunakan untuk menghasilkan iPhone dan iPad.
Susulan keputusan tersebut, panel juri sebuah mahkamah di sini memerintahkan syarikat Samsung untuk membayar ganti rugi berjumlah AS$1.05 bilion (RM3.25 bilion) kepada Apple.
Bagaimanapun, Samsung yang popular dengan telefon pintar Galaxy S dan komputer tablet Galaxy Tab akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Perkembangan itu berlaku selepas sebuah mahkamah Korea Selatan kelmarin mendapati Samsung tidak meniru telefon bimbit keluaran Apple.
Pertikaian kedua-dua gergasi elektronik tersebut bermula apabila firma Apple Inc. memfailkan saman melibatkan pelanggaran paten oleh Samsung pada April 2011.
Apple telah melantik pasukan peguam terhandal di AS bagi menuntut gantirugi AS$2.5 bilion (RM7.75 bilion) daripada pesaing terhebatnya, Samsung.
Dalam saman tersebut, firma yang diasaskan bersama oleh mendiang Steve Jobs itu mendakwa Samsung Electronics Co. meniru teknologi dan inovasinya.
Namun, Samsung melakukan saman balas dengan menuntut gantirugi AS$399 juta (RM1.24 bilion) daripada Apple Inc.
Dalam hujah penggulungannya, peguam Apple, Harold McElhinny mendakwa Samsung mengalami ‘kebuntuan reka bentuk’ selepas pelancaran iPhone pada tahun 2007.
Samsung, katanya, mengambil kesempatan di atas kejayaan gajet berkenaan apabila memperkenalkan jenama telefon pintar Galaxy S dengan ciri-ciri serupa.
Terdahulu, pasukan peguam Apple menyatakan, hampir tiada perbezaan pada telefon pintar iPhone dan Galaxy.
Peguam-peguam Samsung bagaimanapun berkata, beberapa inovasi seperti skrin besar pada siri telefon Galaxy yang sebelum ini terdapat pada iPhone, diperkenalkan bagi memenuhi permintaan pengguna telefon pintar.
Panel juri berkenaan yang dianggotai oleh tujuh lelaki dan dua wanita mula bersidang Rabu lepas.
Samsung setakat ini telah menjual 22.7 juta buah telefon pintar dan tablet yang didakwa Apple meniru teknologinya.
McElhinny seterusnya berkata, jualan gajet-gajet berkenaan mencecah AS$8.16 bilion (RM25.55 bilion) sejak Jun 2010.
Sehingga kini, Apple dan Samsung menguasai lebih separuh jualan telefon pintar di dunia.
Namun, Samsung muncul sebagai pesaing terbesar Apple dan mengatasi firma AS berkenaan sebagai pengeluar terbesar telefon pintar di peringkat global.
Model telefon pintar Galaxy dijana perisian Android yang diberikan percuma oleh Google Inc. kepada Samsung dan beberapa pengeluar telefon pintar lain.
Dalam samannya, Apple turut menuntut Samsung menarik kedua-dua jenama telefon dan komputer tabletnya daripada pasaran AS.
Saman serupa telah dikemukakan di beberapa negara lain termasuk Australia, Britain dan Jerman.
Pasaran telefon pintar dan komputer tablet global masa kini dianggarkan bernilai AS$219 bilion (RM685.79 bilion). – Agensi

Udang Karang


ROCKLAND, Amerika Syarikat – Seekor udang karang gergasi telah ditangkap di luar perairan pantai Maine dekat sini tetapi ia tidak akan dimasak untuk dijadikan makanan.
Pengarah Akuarium Negeri Maine, Aimee Hayden-Rodriques menyatakan seorang nelayan yang menangkap udang, Robert Malone menangkap udang karang gergasi itu pada Jumaat lalu.
Dia kemudian memberikan udang itu kepada Jabatan Sumber Marin untuk dihantar ke Akuarium Negeri Maine.
Udang karang itu sepanjang hampir 101.6 sentimeter dan seberat 12.3 kilogram.
Haiwan itu diberi nama Rocky kerana ia ditangkap di kawasan berbatu.
Namun, menurut Hayden-Rodriques, udang karang tersebut perlu diberi nama petinju Rocky kerana penyepitnya yang besar mencukupi untuk memberikan pukulan.
Dia berkata, udang karang itu akan dilepaskan ke lautan kerana ia akan menjalani kehidupan yang lebih baik dalam habitat liar. – Agensi

Penagkapan Ikan Kerapu Gergasi


TEGAP… kerapu gergasi yang ditangkap di Queensland, Australia.
Ekspedisi Lelaki Menangkap Raksasa Sungai
ADA yang sebesar kuda, ada yang boleh melumpuhkan anda dengan renjatan elektrik 500 volt dan ada yang berminat terhadap kemaluan lelaki.
Di dalam air sungai yang tenang, hidup haiwan bergigi tajam, licin dan berwajah menakutkan hingga menyebabkan penduduk tempatan menggigil setiap kali menceritakan kisah menyeramkan mengenai hidupan itu.
NGERI… Wade dengan ikan Payara yang juga dikenali sebagai ikan pontianak kerana giginya.
KUAT… ikan keli Wels yang ditangkap di Sepanyol.
Namun, penerbit filem Britain, Jeremy Wade sentiasa melanggar pantang larang tradisional dalam usahanya menjejaki ikan air tawar yang paling menakutkan, untuk mengetahui betapa seramnya mereka.
Wade memburu kumpulan haiwan berwajah ganjil itu untuk siri barunya, ‘River Monsters’ (raksasa sungai) yang menyaksikan dia bertarung dengan ikan pari air tawar, bergelut dengan salamander Jepun, malah berenang dengan ikan keli goonch India yang seberat 73 kilogram.
Jeremy berkata, yang mendorongnya ialah keinginan bukan setakat melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat tetapi juga menyedarkan orang ramai bahawa kehidupan haiwan itu lebih terancam berbanding manusia.
Menurutnya, raksasa sungai yang lengkap itu adalah ‘besar dan pelik, kelihatan seperti ia tidak sepatutnya berada dekat dengan manusia’.
“Menemuinya adalah satu perkara, tetapi untuk memuliharanya adalah perkara lain. Orang ramai tidak boleh diharap untuk menjaga sesuatu yang mereka tidak tahu kewujudannya.
“Sebahagian besar haiwan ini tidak pernah dilihat oleh orang ramai, apatah lagi menerusi televisyen. Dan anda tidak boleh menghasilkan program yang menunjukkan sifat semula jadi mereka kerana tahap penglihatan buruk atau langsung tidak ada dalam kebanyakan sungai.
“Setiap kali selepas menangkap dan melihat ikan, saya melepaskannya. Meskipun berbahaya kepada manusia, kita tidak memahami sifat raksasa itu.
“Hanya dalam keadaan tertentu, seperti ikan haruan gergasi yang melindungi anak mereka, ikan gergasi akan menyerang manusia dengan sengaja.
“Selaku pemangsa yang berada di tempat teratas, mereka adalah petunjuk baik terhadap keseluruhan keadaan sungai kita, sesuatu yang perlu kita pelihara, untuk kepentingan kita juga.”
Bagi Wade, meskipun menemui banyak jenis ikan, termasuk bergigi tajam, duri sirip beracun dan saiz sesetengah ikan yang sangat besar, paling menakutkannya ialah ikan yang saiznya tidak besar.
“Bagi saya, ikan paling menakutkan mungkin belut elektrik. Mereka tidak kelihatan menyeramkan tetapi renjatan elektrik 500 volt ikan itu mampu melumpuhkan anda.
“Dan jika ia membuatkan anda tertiarap di dasar air, sukar bagi anda untuk terus hidup. Sesiapa yang datang untuk membantu mungkin turut terkena kejutan itu.
“Saya pernah mendengar orang mati dalam air yang hanya separas lutut kerana diserang haiwan itu. Menurut cerita, belut itu kadangkala membelit dada mangsa dan mengeluarkan arus elektrik secara berterusan hingga jantung mangsa terhenti,” kata Wade.
Bekas guru sekolah menengah, Wade yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains bidang zoologi daripada Universiti Bristol berkata, dalam beberapa kes, dia menyangka tidak akan berjaya menemui ikan yang kisah mereka pernah didengarinya.
“Mulanya, saya ragu-ragu mengenai ikan keli goonch di India. Saya dan jurukamera hampir tidak tidur sebelum kami akhirnya merakam seekor ikan itu. Panjangnya hampir dua meter dan berat 73 kilogram.
“Beberapa tahun sebelum ini, saya pernah menangkap ikan keli goonch yang lebih besar. Saya tidak pasti besarnya tetapi apabila saya berenang di sungai yang sama ketika membuat rakaman River Monsters, jurukamera kami ternampak seekor ikan itu yang sebesar kuda.”
Kata Wade, dokumentari mengenai ikan sungai terbitannya secara tidak langsung menjadi catatan mengenai ikan yang mungkin tidak wujud dalam masa 50 tahun lagi.
“Kebanyakan ikan yang saya temui jarang ditemui berbanding 50 tahun lalu. Dan banyak lagi yang pupus. Namun, kebanyakan mungkin dapat terus hidup di sesuatu kawasan dalam jumlah dan saiz lebih kecil.
“Ia tidak termasuk ‘kaluga sturgeon’ di Sungai Amur, Russia yang mungkin pupus beberapa tahun lagi kerana dalam perdagangan kaviar, telur ikan itu diasinkan dan dimakan sebagai hidangan mewah dan istimewa.”

Muke Kucing Yang Paling Cantik hehe~~~~


Wajah Kucing Yang Paling Menyeramkan Di Dunia 
Kucing biasanya adalah haiwan peliharaan yang akan dikaitkan dengan imej comel dan lucu.
Namun, kucing yang dinamakan Don Sphynx seperti dalam gambar di atas mungkin terkeluar sedikit daripada imej demikian.
Seperti namanya yang misteri, penampilan Don juga jauh dari rupa yang comel. Sekali lihat, rupa kucing itu agak menyeramkan.
Inilah penampilan seram dari kucing yang mengikuti pertandingan kucing yang berlangsung di Kyrgyzstan baru-baru ini.
Dalam pertandingan tersebut, sekitar 100 haiwan dari Kazakhstan dan Kyrgyzstan mengambil bahagian. Di sinilah, para pemilik mempamerkan binatang aneh dan ajaib milik mereka.
Don Sphynx sendiri disebut-sebut mirip makhluk luar angkasa yang popular di Hollywood seperti ET dan Gremlin. Meskipun seram, Don sebenarnya dipuji sebagai seekor kucing yang riang, mudah bergaul dan juga bijak.
Jadi, jangan menilai dari penampilan luar semata-mata.

Perkara Yang Anda Tidak Tahu Dalam Diri Anda



1
. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin
anda yang meminggirkan mereka.
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci & cela.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik.

Apa Itu Cinta ?


Mana mungkin manusia biasa seperti saya terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha esa kepada hambanya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta.

Saya kurang faham makna sebenar cinta, saya kurang jelas mengenainya. Namun saya cuba mencari jawapan, saya cuba membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman sendiri. Sebenarnya cinta itu memiliki sifat-sifatnya yang tersendiri. Cinta tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama kekasih. Tetapi cinta itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari pengamatan saya, cinta itu sebenarnya adalah.. 

Amanah Dari Allah




Ya, cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita, orang yang kita suka belum tentu menyukai kita. Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh Allah kepada kita ini, kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka. Jika dapat memikat hatinya, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit dan berdendam.

Cinta itu adalah amanah dan tanggungjawab! Apabila disebutkan sebagai tanggungjawab, ia bermakna kita perlu memberi, namun tidak semestinya menerima. Lindungi mereka, sayangi mereka, kasihi dan berikan yang terbaik kepada mereka, sentiasa hadir ketika mereka memerlukan tanpa mengharapkan sebarang balasan melainkan redha dari pemberi amanah (Allah) semata-mata.

Keikhlasan Yang Menipu

Ada pepatah menyatakan “Cinta itu adalah dua jiwa menjadi satu!”. Lalu sesetengah orang yang cintanya tidak terbalas mula mempersoalkan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya seperti:




Kenapa cinta aku tidak terbalas?
Apa salah aku?
Apa kekurangan aku?
Kenapa dia tidak menerima cinta aku?
Aku sangat ikhlas mencintainya, kenapa dia buat aku begini?
Ramai orang yang bercinta sentiasa mengaku bahawa dirinya ikhlas mencintai seseorang. Namun pada hakikatnya mereka sedang menipu diri sendiri! Apakah sebenarnya maksud ikhlas? Jika sekadar rasa cinta yang jujur kepada seseorang, itu bukan ikhlas. 


Ikhlas ialah melakukan sesuatu kerana Allah, tanpa mengharapkan balasan daripada manusia. Tidak nampak keikhlasan seseorang sehinggalah dia disakiti dan apabila dia tidak dapat apa yang diinginkannya. Mereka berkata bahawa mereka ikhlas dalam bercinta, tetapi apabila ditinggalkan mereka mula mengungkit, mula bercerita satu dunia bahawa keihklasan mereka dikhianati.


Aku ikhlas mencintaimu, namun apakah yang telah kau lakukan kepadaku?
Ayat-ayat seperti ini mula diukirkan dalam hati mereka. Disebut-sebut dan diulang-ulang supaya ramai orang bersimpati dengan mereka. Supaya ramai orang merasakan dirinya benar dan orang yang menolak cintanya itu telah melampau.

Cinta itu adalah amanah. Selain dari amanah untuk menyayangi, merindui dan mengasihi, ia juga merupakan amanah untuk kita sentiasa meredhai apa yang ditentukan oleh Allah yang esa! Tidak kira samada baik ataupun buruk. Tidak kira samada bersatu ataupun berpisah. Tanggungjawab kita ialah mencintai atau menunaikan amanah yang telah dikurniakan oleh Allah semata-mata. Samada orang yang kita cintai itu menerimanya atau tidak itu bergantung kepada qada dan qadar Allah semata-mata.
Kaitan Cinta Dengan Amanah
Mari kita susuli kenapa cinta yang dianugerahkan oleh Allah itu sebenar-sebenarnya adalah amanah:

(1) Kita diwajibkan atau diamanahkan mencintai Allah melebihi segala-galanya dalam dunia ini. Selepas itu kita perlu mencintai Rasulullah melebihi cinta kita kepada diri sendiri. Samada kita suka atau tidak, kita akur ataupun ingkar, itulah amanah/cinta pertama yang perlu kita lakukan.

(2) Mencintai, menyayangi dan mengasihi ibu bapa juga adalah amanah dari Allah. Kita perlu berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, sentiasa berdoa dan menghormati mereka. 

(3) Apabila Allah temukan kita dengan seseorang yang kita cintai, kita bertanggungjawab untuk tidak mengkhianatinya, jaga kehormatannya, khabarkan kepadanya tentang cinta Allah dan tidak mengharapkan sebarang balasan melainkan kehendak untuk bersama (kahwin) demi menunju cinta Allah. Jika tidak dapat bersama kita tidak akan melukakan hatinya dan tidak akan memutuskan tali persahabatan dengannya. Inilah cinta, inilah amanah! 

(4) Apabila mencintai wanita/lelaki yang belum halal, kita tidak boleh keluar berdua-duaan dengannya, tidak boleh bermanja-manja, berkasihan seperti pasangan yang telah berkahwin, tidak boleh bersentuhan dan tidak boleh melihat aurat masing-masing. Pergilah melamar dan satukan dengan ikatan perkahwinan, jika tidak dapat bersama, redhalah dengan ketentuan-Nya. Kita telah melakukan tanggungjawab kita, selebihnya bergantung kepada qada dan qadar dari Allah. Ini adalah amanah, ini adalah cinta yang benar! 

(5) Mencintai alam semesta. Allah berfirman di dalam Al-Quran “Manusia akan menghancurkan dunia ini dengan tangan-tangan mereka sendiri.” Sebagai manusia kita perlu mencintai alam ciptaan Allah, bukan menghancurkannya. Tetapi sikap rakus manusia yang tidak amanah dalam menjaga alam kurniaan Allah ini telah menghancurkan dunia ini sedikit demi sedikit.

Mungkin terdapat banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan. Namun saya rasa cukuplah sekadar itu sahaja untuk kali ini. Mari sama-sama kita menghayati makna sebenar cinta. Sesungguhnya cinta yang ditolak bukanlah suatu penyiksaan dari manusia tetapi ujian dari Allah. Kita perlu amanah dalam mencintai diri sendiri, usah biarlah diri hancur dimusnahkan dengan cinta manusia yang bersifat sementara. InsyaAllah..